Pergi ke kandungan

I Gusti Ayu Bintang Darmawati

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
I Gusti Ayu Bintang Darmawati
Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia ke-10
Menyandang jawatan
23 Oktober 2019
PresidenJoko Widodo
Didahului olehYohana Yambise
Maklumat peribadi
Lahir (1968-11-24) 24 November 1968 (umur 55)
Denpasar, Bali, Indonesia
KewarganegaraanIndonesia
Parti politikPDI-P
PasanganAnak Agung Gede Ngurah Puspayoga
PertalianI Gusti Ngurah Jaya Negara (kakak)[1]
Anak1
Tempat belajarUniversitas Ngurah Rai
Universitas Udayana
PekerjaanAhli politik

I Gusti Ayu Bintang Darmawati juga dikenal sebagai Bintang Puspayoga (lahir 24 November 1968) ialah Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia dalam Kabinet Indonesia Maju, jemaah menteri semasa negara. Beliau ialah isteri kepada Anak Agung Gede Ngurah Puspayoga.[2][3] Bintang Puspayoga ialah wanita Bali dan Hindu pertama yang terpilih sebagai menteri.

Sebelumnya, beliau menyertai pertandingan Puteri Indonesia 1992 sebagai wakil Bali, dan berhasil meraih Juara Harapan 2. Beliau juga dikenal sebagai atlet ping-pong. Beliau pernah menjuarai Kejuaraan Tenis Meja PB Perwosi Oktober 2010 di GOR Sumantri Brojonegoro, Jakarta, dan diangkat menjadi pengerusi Persatuan Tenis Meja Seluruh Indonesia (PTMSI) Provinsi Bali pada 2010 hingga 2014. Beliau juga merintis kejohanan ping-pong di kota Denpasar pada 2002.[1][4]

  1. ^ a b Dwisuputra. "Profil IGN Jayanegara, Melarat di Masa Kecil, Kini Jadi Wakil Wali Kota Denpasar". Tribunnews.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2020-11-24.
  2. ^ Supartika, Putu. "Jadi Menteri Jokowi dari Bali, Ini Biodata Bintang Puspayoga". Tribunnews.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2020-11-24.
  3. ^ Meiliana, Diamanty (penyunting). "Istri Mantan Menkop Puspayoga Datangi Istana Jelang Pelantikan Menteri". Kompas.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2020-11-24.
  4. ^ "I Gusti Ayu Bintang Darmawati Bintangnya Bintang Tenis Meja". MAJALAH PELUANG (dalam bahasa Indonesia). 2015-03-04. Dicapai pada 2020-11-24.